SPL, bola sepak, Geylang International, FC Jurong
SukanOct 9, 2026 | 8:00 PM

Geylang, Jurong ingin kekal rentak kemenangan, buru kedudukan teratas SPL

Dua pasukan, dua permulaan sempurna, masing-masing dengan enam mata penuh.

Justeru, Geylang International dan FC Jurong akan menguji rekod kemenangan mereka apabila Liga Perdana Singapura (SPL) disambung semula selepas tempoh rehat antarabangsa.

Aina Abdul bakal mewakili Malaysia dengan lagu baharunya, ‘Bluest Sky’, dalam pertandingan Eurovision Asia 2026 – pertandingan lagu antarabangsa bagi 11 negara Asia, pada 14 November di Bangkok, Thailand.
HiburanOct 9, 2026 | 9:25 PM

Aina cipta lagu Inggeris, bakal tanding di peringkat antarabangsa

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul, 33 tahun, menyifatkan diri beliau sebagai ‘atlet’ daripada industri hiburan yang terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Eurovision Asia 2026 – pertandingan lagu antarabangsa bagi 11 negara Asia, pada 14 November.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, bakal berentap dengan penyanyi Asia lain mewakili negara masing-masing pada acara nyanyian berprestij itu yang akan berlangsung...

jerebu Singapura, indeks pencemaran udara, panduan nasihat NEA
SingapuraOct 9, 2026 | 8:39 PM

PSI dijangka cecah tahap ‘sangat tidak sihat’, nasihat dikeluarkan

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di Singapura berkemungkinan melebihi 200 dan memasuki tahap ‘sangat tidak sihat’.

Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan media bersama agensi di bawah Pasukan Petugas Jerebu (HTF).

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan), bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah (kiri sekali) dan Timbalan Menteri Kewangan, Encik Liew Chin Tong (kanan sekali), bergambar kenangan sebelum bertolak ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2027 pada petang 9 Oktober.
MalaysiaOct 9, 2026 | 8:27 PM

Anwar bentang Belanjawan RM510b sebelum PRU16

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Belanjawan Madani 2027 dengan peruntukan keseluruhan yang meningkat kepada RM510 bilion ($159.97 bilion), ketika Kerajaan Perpaduan pimpinannya memasuki fasa akhir penggal pentadbiran sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRU16 perlu diadakan selewat-lewatnya pada Februari 2028, namun banyak pihak menjangkakan ia akan diadakan lebih awal menjelang akhir 2027.

dermasiswa BH-AMP, pelajar Melayu Islam, bantuan pendidikan media
SingapuraOct 9, 2026 | 8:24 PM

Dermasiswa BH-AMP sokong aspirasi pelajar Melayu/Islam, sediakan bimbingan mentor

Buat julung-julung kalinya, Berita Harian (BH) menyampaikan dermasiswa pendidikan kepada pelajar Melayu/Islam yang melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi, media atau pengajian Melayu, dengan kerjasama AMP Singapura.

Usaha murni ini lahir daripada penganjuran Golf Amal BH-AMP pada 22 Julai 2025 di Orchid Country Club, yang turut disokong oleh sekumpulan penggiat golf veteran di Singapura.

perniagaan gagal, semangat keusahawanan, dermasiswa pendidikan, SPH Auditorium
SingapuraOct 9, 2026 | 8:09 PM

Perniagaan gagal pada usia muda, semangat kejar cita-cita tidak pernah luntur

Bagi Encik Ahmad Musoddaq Ahmad Mazhar, kegagalan bukanlah pengakhiran, sebaliknya peluang untuk bangkit dan terus memperbaiki diri.

Pegangan itu lahir daripada pengalamannya menubuhkan agensi pemasaran AXKA pada usia 18 tahun, yang terpaksa ditutup selepas setahun beroperasi dek masih hijau dalam dunia perniagaan.

Sekolah di 6 negeri, Kuala Lumpur, ditutup akibat jerebu memburuk di M’sia
Play Video

Apa kata Alex Albon tentang ‘sprint’ pertama di GP S’pura?
Play Video

Integrasi AI, kekal relevan sebagai media dipercayai antara hala tuju SPH Media
Play Video

SPH Media kekal komited sedia sumber sokong akhbar bahasa ibunda
Play Video

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video