Troli makanan yang kotor (kiri) dan rak-rak yang kotor ditemui di dapur pusat Gourmetz.
SingapuraOct 9, 2026 | 6:33 PM

Syarikat katering dalam kes gastroenteritis di Sekolah Rendah River Valley didenda $13,000

Syarikat katering Gourmetz didenda $13,000 atas kesalahan keselamatan makanan selepas murid Sekolah Rendah River Valley mengalami gastroenteritis (radang perut dan usus) akibat memakan makanan yang disediakan syarikat tersebut.

Syarikat itu mengendalikan kantin sekolah tersebut di bawah model baharu penyediaan makanan sekolah menggunakan dapur pusat.

SPL, bola sepak, Geylang International, FC Jurong
SukanOct 9, 2026 | 8:00 PM

Geylang, Jurong ingin kekal rentak kemenangan, buru kedudukan teratas SPL

Dua pasukan, dua permulaan sempurna, masing-masing dengan enam mata penuh.

Justeru, Geylang International dan FC Jurong akan menguji rekod kemenangan mereka apabila Liga Perdana Singapura (SPL) disambung semula selepas tempoh rehat antarabangsa.

Sehingga 8 Oktober, lebih 300 sohibul korban masih menunggu wang mereka dipulangkan oleh The Meat Brothers (TMB), tanpa sebarang kepastian garis masa.
SingapuraOct 9, 2026 | 7:46 PM

Kes korban tergendala: MUIS libatkan Case bantu pelanggan fail tuntutan wang tertunggak

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mendapatkan kerjasama Persatuan Pengguna Singapura (Case) demi membantu pelanggan yang terjejas menuntut hak mereka untuk mendapatkan bayaran semula yang masih tertunggak daripada The Meat Brothers (TMB).

Ini menyusuli kegenjotan pada operasi korban tempatan TMB sempena musim Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei, di mana sekitar 400 sohibul korban (individu yang melakukan ibadah korban) dilaporkan...

Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (empat dari kiri), menyaksikan sesi penerangan semasa majlis perasmian kemudahan Changi Creek milik ST Engineering pada 9 Oktober.
SingapuraOct 9, 2026 | 7:34 PM

Kemudahan baharu penyelenggaraan, pembaikan pesawat bernilai $170j bakal wujudkan lebih 500 pekerjaan

Sebuah kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) rangka pesawat baharu bernilai $170 juta di Changi Creek bakal menggajikan lebih 500 pekerja dan menggunakan teknologi dron serta robot bagi meningkatkan kecekapan.

Kemudahan itu, keempat bagi ST Engineering di Singapura, akan memanfaatkan robot humanoid (mirip manusia), dron dan percetakan 3D bagi memudahkan kerja dan meningkatkan daya penghasilan.

Masjid Ar-Raudhah telah memulakan fasa ketiga kerja naik taraf bernilai $9.4 juta pada Julai lalu.
SingapuraOct 9, 2026 | 7:00 PM

Kerja naik taraf $9.4j Masjid Ar-Raudhah mula sejak Julai, ruang sementara dipertimbang

Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok telah memulakan fasa ketiga kerja naik taraf bernilai $9.4 juta pada Julai lalu.

Usaha tersebut bertujuan memperluas kapasiti dan mempertingkatkan akses lebih mesra jemaah selain kemudahan untuk kegiatan kemasyarakatan dan pembelajaran di masjid, kata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan pada 9 Oktober.

Sebuah sekolah di Putrajaya yang ditutup berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk pada 9 Oktober.
MalaysiaOct 9, 2026 | 6:34 PM

Jerebu memburuk di M’sia: Sekolah di 6 negeri, Wilayah Persekutuan ditutup

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu yang semakin buruk di Malaysia memaksa sekolah di enam negeri, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ditutup pada 9 Oktober.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata negeri terjejas ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Johor yang sekolahnya ditutup sehari lebih awal, mulai 8 Oktober.

Sekolah di 6 negeri, Kuala Lumpur, ditutup akibat jerebu memburuk di M’sia
Play Video

Apa kata Alex Albon tentang ‘sprint’ pertama di GP S’pura?
Play Video

Integrasi AI, kekal relevan sebagai media dipercayai antara hala tuju SPH Media
Play Video

SPH Media kekal komited sedia sumber sokong akhbar bahasa ibunda
Play Video

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video