Hasrat Encik Abdul Rohim Sarip sekeluarga untuk terbang ke Malaysia bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu rapatnya di sana, tertangguh apabila penerbangan Firefly dari Lapangan Terbang Seletar dibatalkan akibat jerebu.
Beliau yang tiba di lapangan terbang sekitar 3 petang pada 10 Oktober, hanya dimaklumkan setibanya di sana, mengenai pembatalan penerbangan beliau yang dijadual berlepas pada 4.35 petang.





