DEKAN undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) Simon Chesterman akan menjadi dekan pertama Kolej NUS baru, hasil penggabungan antara Kolej Yale-NUS dengan Program Sarjana Universiti.
Profesor Chesterman dilantik sebagai bakal dekan kolej tersebut mulai 1 Januari tahun ini dan akan memegang jawatan itu pada 1 Julai akan datang, kata NUS dalam satu kenyataan hari ini.






