PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank-Bank di Singapura (ABS) sedang memperkenalkan satu set langkah tambahan untuk memperkukuh keselamatan perbankan digital, memandangkan berlakunya kes pancingan data baru-baru ini yang menyasarkan pelanggan bank.
Dalam satu kenyataan bersama semalam, MAS mengharapkan semua institusi kewangan mempunyai langkah yang kukuh untuk mencegah dan mengesan penipuan serta berupaya mengendalikan kejadian dan mempunyai khidmat pelanggan yang...





