Singapura dan Brunei menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) pada 12 Oktober bagi mengesahkan komitmen bersama untuk memperkukuh daya tahan rantaian bekalan dalam memastikan kelancaran aliran barangan penting, terutamanya ketika krisis.
MOU mengenai Daya Tahan Rantaian Bekalan itu ditandatangani Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Cik Grace Fu, dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi merangkap Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Perusahaan Brunei, Datuk...





