Cik Sarimah memulakan projek masyarakat bernama Project Pencil @ Yishun 71 pada Mac 2020 untuk membantu warga tua dan keluarga susah yang memerlukan bantuan di 16 blok sekitar estet perumahannya. Ini termasuk menghantar makanan, membawa mereka ke doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan membelikan barang keperluan dapur untuk mereka.
Bantuan yang beliau berikan ini menjadi lebih genting di tengah-tengah pandemik...






