KANAK-KANAK kini dapat meneroka dan menggunakan imaginasi menerusi pengalaman interaktif di muzium yang dikhaskan untuk mereka.
Muzium Kanak-Kanak Singapura, yang terletak di tapak lama Muzium Filatelik Singapura di Coleman Street, adalah yang pertama seumpamanya di sini untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.





