SEORANG bekas pengurus saluran di firma minuman Pokka International yang menyalahi undang-undang membekalkan minuman bernilai hampir $1.3 juta ke Korea Utara telah dipenjara selama lima minggu pada Isnin (12 Dis). Phua Sze Hee, 59 tahun, tidak mendapat komisen bagi jualan yang berlaku pada 2017 dan 2018. Namun Pokka International telah memperkenalkan sasaran jualan bulanan sebanyak $1.25 juta dan jualan tersebut...





