DEMI menarik dan menggalak lebih ramai rakyat Singapura menceburi kerjaya dalam perkhidmatan sosial dan mental, Yayasan Temasek telah melahirkan komitmen untuk menyediakan anugerah pengajian bernilai $1.07 juta kepada pelajar Singapura.
Sekurang-kurangnya 88 anugerah pengajian dijangka dapat ditawarkan bagi mereka yang layak mendaftar dalam kursus berkaitan yang ditawarkan oleh Politeknik Nanyang (NYP), Politeknik Ngee Ann (NP), Politeknik Temasek(TP), Universiti Nasional Singapura...





