PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong akan bercuti dari Isnin (19 Disember) hingga 31 Disember, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya pada Ahad.
Semasa ketiadaan Encik Lee, Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan menjadi Pemangku Perdana Menteri dalam tempoh itu.






