PARIS: Tiga orang maut dan beberapa lagi cedera selepas seorang warga emas melepaskan tembakan rambang di sekitar pusat kebudayaan Kurdish di Paris, pada Jumaat (23 Disember), lapor rangkaian televisyen Perancis BFM TV.
Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Paris mengesahkan insiden tembakan itu.





