KUOTA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang terus rendah merupakan faktor penting yang akan membentuk pasaran kereta tahun depan, kata pengamat dan pemain industri.
Malah kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 8 peratus mulai 1 Januari ini akan memberi kesan minimum memandangkan GST hanya dikenakan kepada harga asas kereta dan bukan seperti Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF)...





