SEBAGAI Ketua Sains Hayat dan Ketua Bersama Kumpulan Pembangunan Perusahaan (Singapura), Temasek International, Dr Syed Fidah Ismail Alsagoff memainkan peranan penting dalam usaha Singapura melawan pandemik Covid-19.
Ini termasuk membantu mendapatkan kit Ujian Pantas Antigen (ART) bagi negara dan mendorong pemerolehan alat perubatan penting seperti ventilator, alat penumpu oksigen dan oksimeter nadi supaya dapat menyokong penjagaan pesakit Covid-19 yang berada...





