POIPET (Kemboja): Pasukan penyelamat Kemboja menemui lapan mayat semalam di beberapa bilik hangus di sebuah hotel kasino yang terbakar Rabu lalu, membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dengan lebih 20 orang masih hilang.
Kira-kira 400 pekerja dan pelanggan berada di kasino dan hotel Grand Diamond City di Poipet, sebuah bandar di sempadan Thailand, apabila kebakaran berlaku sekitar 11.30 malam waktu tempatan Rabu...





