Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ dan ‘A’ akan diteruskan seperti yang dirancang, dengan pelajar mengambil peperiksaan itu dalam ruang tertutup, berhawa dingin dengan alat pembersih udara, demikian menurut Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (MOE) akan juga mempertimbangkan langkah penjadualan semula peperiksaan bertulis GCE peringkat ‘O’, sekiranya Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada di...





