PADA awal Oktober, seorang wanita yang pulang ke Singapura dari Frankfurt, didenda $5,500 kerana cuba mengelak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap beberapa barangan mewah berjenama yang dibeli di luar negara.
Setelah disiasat oleh pejabat kastam Singapura, wanita itu, Teo Hwee Ling, didapati gagal mengisytiharkan sekurang-kurangnya tujuh barangan berjenamanya.





