Suasana tenang lagi intim menyelubungi Studio Sri Warisan di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 11 Oktober, seolah-olah mengundang setiap hadirin melupakan sejenak hiruk-pikuk kehidupan di luar dan menikmati alunan muzik dengan santai.
Di ruang persembahan yang sederhana namun cukup memikat itu, sepanduk bertulis 222 Fasa Tiga, menghiasi latar pentas.





