Dua remaja lelaki akan didakwa pada 21 Oktober atas kesalahan pecah rumah dan mencuri selepas wang tunai serta rokok dilaporkan dicuri daripada sebuah kedai serbaneka di Bukit Merah.
Dalam satu kenyataan pada 20 Oktober, polis menyatakan mereka dimaklumkan mengenai kes pecah rumah dan mencuri di kedai berkenaan pada kira-kira 7.15 pagi, 19 Oktober.





