RUMAH peralihan Rise Above - rumah peralihan sekular pertama bagi pesalah wanita di Singapura - akan menerima kumpulan sembilan penghuni pertamanya menjelang hujung bulan ini.
Program dan perkhidmatan disediakan Rumah Peralihan Rise Above, kendalian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), adalah berdasarkan kajian trauma dan ditawar kepada pesalah wanita tidak kira bangsa dan agama.





