PEMERINTAH telah memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa mereka kekal bebas untuk berdakwah dan mengamalkan ajaran Islam mengenai seksualiti dan perkahwinan menyusuli pengumuman bahawa Seksyen 377A akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Meskipun masyarakat Islam tidak terjejas secara langsung dengan berita itu, kerana perkahwinan Islam ditadbir secara berasingan di bawah syariah, Encik Lee berkata dapat difahami bahawa...





