JOHOR BAHRU: Syarikat Singapura dipelawa menjadikan Johor sebahagian daripada strategi perniagaan serantau dengan menggabungkan fungsi ibu pejabat, penyelidikan dan kewangan di republik ini dengan kegiatan pembuatan, pergudangan serta prasarana digital di Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membolehkan kedua-dua ekonomi memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk...





