RANCANGAN pembinaan stesen MRT Laluan Rentas Pulau (CRL) akan membaiki jaringan pengangkutan kawasan barat yang akan memberi kemudahan kepada golongan penduduk dan peniaga yang tinggal berhampiran dengan stesen-stesen itu. Meskipun pembinaan itu mengambil masa lama iaitu selama 10 tahun, mereka berkata kemudahan pengangkutan itu memang dialu-alukan bagi mempercepat perjalanan mereka serta memudahkan pelanggan untuk ke kedai mereka. Baru-baru ini, Menteri...





