Pasangan kembar legenda Bob Bryan (kiri) dan Mike Bryan, merupakan antara 150 pemain beregu lelaki yang mendesak Jelajah Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) menyemak semula perubahan ‘drastik’ yang dikhuatiri akan melenyapkan format permainan berkenaan.
SukanOct 27, 2026 | 2:18 PM

Pemain berang, desak persatuan tenis semak semula pengurangan acara beregu

LONDON: Lebih 150 pemain beregu lelaki – termasuk pemain nombor satu dunia dari Britain, Henry Patten dan pasangan kembar legenda Bryan – mendesak Jelajah Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) menyemak semula perubahan ‘drastik’ yang dikhuatiri akan melenyapkan format permainan berkenaan.

Menerusi satu tindakan bersama, para pemain telah menghantar surat terbuka kepada badan induk tenis lelaki itu dalam usaha menentang cadangan...

Seorang lelaki berpakaian kostum harimau membuat persembahan jalanan di persimpangan lampu isyarat ketika jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah menyelubungi Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Indonesia, pada 25 Oktober. Krisis jerebu yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu menyebabkan lebih 300,000 penduduk di tujuh wilayah Indonesia mengalami jangkitan saluran pernafasan antara Ogos dengan Oktober.
DuniaOct 27, 2026 | 4:10 PM

Lebih 300,000 penduduk Indonesia alami jangkitan pernafasan akibat jerebu

PALANGKARAYA: Lebih 300,000 penduduk Indonesia mengalami jangkitan saluran pernafasan akibat kebakaran hutan dan jerebu tebal yang melanda negara itu sejak beberapa bulan lalu, dengan keadaan paling buruk dilaporkan di wilayah Kalimantan Tengah.

Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, jumlah itu membabitkan penduduk di tujuh wilayah yang mendapatkan rawatan bagi masalah pernafasan antara Ogos dengan Oktober.

Sebelum program AI Transformatif dilancarkan buat orang awam, Jamiyah Singapura telah pun kendalikan latihan tersebut untuk kakitangannya sebagai sebahagian daripada usaha membina keupayaan dalaman dan memastikan tenaga kerjanya sendiri bersedia menghadapi perubahan yang dibawa AI.
SingapuraOct 27, 2026 | 4:03 PM

Jamiyah perkenal program AI bantu masyarakat teroka peluang kerjaya baru

Jamiyah Singapura bakal menjalankan latihan kecerdasan buatan (AI) bagi orang ramai demi mencipta peluang untuk golongan belia dan dewasa dalam memperoleh kemahiran praktikal AI yang relevan dengan keperluan pekerjaan.

Latihan yang diberi nama AI Transformatif itu bukan sahaja akan memperkenalkan AI kepada peserta.

:Seorang lelaki memeriksa kerosakan akibat serangan udara Jordan di kampung Al-Taf, wilayah Al-Lajat, di timur laut Daraa, selatan Syria, pada 27 Oktober. Pihak berkuasa Syria melaporkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang wanita, dalam serangan pada 26 Oktober. Jordan menyatakan serangan itu menyasarkan kumpulan pengganas sebagai tindakan balas terhadap serangan bersenjata di sebuah gereja di Karak yang mengorbankan sembilan orang minggu lalu.
DuniaOct 27, 2026 | 3:59 PM

Jordan lancar serangan udara ke atas Syria sebagai tindak balas serangan gereja

AMMAN: Jordan melancarkan serangan udara terhadap beberapa kawasan di selatan Syria pada 26 Oktober sebagai tindakan balas terhadap serangan bersenjata di sebuah gereja di bandar Karak yang mengorbankan sembilan orang minggu lalu.

Bagaimanapun, serangan tersebut mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara selepas pemerintah Syria melaporkan sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang wanita.

Pengumpulan bukti dan mendapatkan kerjasama syarikat luar negara merupakan dua cabaran utama dalam menguatkuasakan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.
SingapuraOct 27, 2026 | 3:48 PM

Grace Fu: S’pura mahu perketat undang-undang jerebu meski depan cabaran kumpul bukti, kerjasama

Singapura sedang meneliti usaha memperkukuh undang-undang jerebu rentas sempadan bagi menangani kelemahan penguatkuasaan dan meningkatkan keupayaan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kebakaran.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata pada 27 Oktober bahawa pengumpulan bukti dan mendapatkan kerjasama syarikat luar negara merupakan dua cabaran utama dalam menguatkuasakan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

pilihan raya israel
DuniaOct 27, 2026 | 3:47 PM

Rakyat Israel keluar undi, masa depan politik Netanyahu dipertaruh

BAITULMAKDIS: Rakyat Israel keluar mengundi pada 27 Oktober dalam pilihan raya umum yang dianggap antara paling penting dalam sejarah negara itu, dengan masa depan politik Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, menjadi tumpuan selepas tiga tahun peperangan di Gaza.

Pilihan raya itu merupakan yang pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan peperangan berpanjangan di Gaza dan membawa kesan...

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video