kos perang AS iran
DuniaOct 28, 2026 | 11:26 AM

Kos perang AS terhadap Iran melonjak kepada AS$47b

WASHINGTON: Kos peperangan Amerika Syarikat terhadap Iran melonjak kepada AS$47.1 bilion ($60.25 bilion) setakat 16 Oktober, dengan lebih 60 peratus perbelanjaan digunakan untuk bom, peluru berpandu dan pelbagai jenis senjata, menurut anggaran terbaru Pentagon.

Jumlah itu meningkat lebih 25 peratus berbanding anggaran AS$37.5 bilion yang diumumkan Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Pete Hegseth, pada Julai lalu, sekali gus menunjukkan beban kewangan...

Warga Malaysia dan Singapura ditahan pegawai imigresen Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket pinjaman wang dalam talian.
DuniaOct 28, 2026 | 1:42 PM

Dua warga S’pura, 15 rakyat M’sia ditahan di Bali disyaki kendali pinjaman haram

JAKARTA: Dua warga Singapura dan 15 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa imigresen Indonesia kerana disyaki mengendalikan kegiatan pinjaman wang dalam talian secara haram dari sebuah vila di Bali, yang dipercayai beroperasi sejak lebih enam bulan lalu.

Kesemua 17 suspek ditahan pada 22 Oktober dalam satu operasi pemeriksaan imigresen bersama di sebuah vila di Kampung Dalung, Kuta Utara, kawasan tumpuan pelancong...

Calon Demokrat bagi kerusi Senat Michigan, Dr Abdul El-Sayed, menyapa penyokongnya dalam kempen pilihan raya pertengahan penggal di Grand Rapids, Michigan, pada 25 Oktober 2026. Beliau berpeluang mencipta sejarah sebagai senator Muslim pertama Amerika Syarikat jika menang dalam pilihan raya 3 November, namun persaingannya dengan calon Republikan, Mike Rogers, mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat Islam dan Yahudi berhubung isu Israel dan perang di Gaza.
DuniaOct 28, 2026 | 1:30 PM

Persaingan calon Muslim cetus kebimbangan masyarakat Islam, Yahudi di Michigan

MICHIGAN: Perebutan kerusi Senat Amerika Syarikat di Michigan antara calon Demokrat, Dr Abdul El-Sayed, dengan calon Republikan, Encik Mike Rogers, bukan sekadar persaingan politik, malah mencetuskan ketegangan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Islam dan Yahudi di negeri itu.

Ketika pilihan raya pertengahan penggal Amerika semakin hampir pada 3 November, kedua-dua masyarakat yang selama ini hidup berjiran kini berdepan perpecahan akibat...

Calon Parti Demokrat bagi kerusi Senat Michigan, Abdul El-Sayed, bercakap kepada wartawan selepas acara kempen di Teater Ionia, Michigan, pada 11 Oktober 2026. Bekas pengarah kesihatan awam itu bersaing dengan calon Republikan, Mike Rogers, dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada 3 November. Tinjauan menunjukkan El-Sayed mendahului Rogers dengan kelebihan tipis yang masih dalam lingkungan margin ralat. Jika menang, beliau bakal menjadi senator Muslim pertama dalam sejarah Amerika Syarikat.
DuniaOct 28, 2026 | 12:48 PM

Pilihan raya pertengahan penggal AS: Trump berdepan risiko hilang penguasaan Kongres

WASHINGTON: Pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada 3 November bakal menjadi ujian penting terhadap kepimpinan Presiden Donald Trump, ketika Parti Republikan berdepan kemungkinan kehilangan penguasaan Kongres kepada Parti Demokrat.

Dengan kos sara hidup yang tinggi, peperangan Amerika terhadap Iran serta kadar sokongan terhadap Trump yang rendah, Parti Demokrat kini berusaha merampas kerusi di beberapa negeri yang selama ini dianggap...

jordan syria
DuniaOct 28, 2026 | 11:48 AM

Jordan, Syria tubuh jawatankuasa siasat serangan udara susulan insiden tembakan di gereja

AMMAN: Jordan dan Syria bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa keselamatan bersama bagi menyiasat serangan udara tentera Jordan di selatan Syria yang mengorbankan tujuh orang awam, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang wanita.

Persetujuan itu dicapai selepas serangan terhadap kedudukan yang didakwa menjadi pangkalan kumpulan militan ISIS mencetuskan ketegangan diplomatik paling serius antara kedua-dua negara sejak kejatuhan pemerintahan Presiden Bashar al-Assad pada Disember...

Amni Musfirah, Datuk Siti Nurhaliza, Cenderamaya
HiburanOct 28, 2026 | 5:30 AM

Amni Musfirah ‘Kembali’ menyinar, hasil karya lagu buat TokTi bawa tuah

Perjalanan seni penyanyi dan komposer Singapura, Amni Musfirah, diwarnai pelbagai cabaran sebelum beliau berjaya menempa nama dalam industri muzik.

Apatah lagi ketika pandemik Covid-19 apabila peluang dalam industri seni semakin terbatas sehingga Amni, atau nama sebenarnya, Amni Musfirah Abdul Rashid, 32 tahun, hanya meraih pendapatan sekitar $200 setahun.

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video