KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membekukan dan merampas aset bernilai kira-kira RM409 juta ($128.01 juta) dalam siasatan berterusan berhubung dakwaan kegiatan ‘mafia korporat’ di Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tindakan itu membabitkan lapan hartanah, 11 kenderaan, 417 akaun Sistem Depositori Pusat (CDS), 70 akaun dagangan saham bernilai sekitar RM323.59 juta serta 404 akaun...





