Berita Harian (BH) bekerjasama dengan Singa Legends untuk menganjurkan kem bola sepak bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 13 tahun sempena sambutan ulang tahun ke-70 BH.
Kem Bola Sepak BH-Singa Legends itu akan berlangsung pada 24 dan 25 November di Our Tampines Hub (OTH), dengan 40 tempat dikhaskan bagi kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.





