Sambil helikopter Chinook CH-47F membelok tajam di ruang udara pada penerbangan pulang ke Warriors Den, pasukan media bersedia merakam gambar yang paling dinanti-nantikan – dua helikopter Apache AH-64D terbang dalam formasi di hadapan dua helikopter CH-47F sebagai sebahagian daripada misi pengangkutan anggota melalui udara.
Prosedur keselamatan dilaksanakan dengan ketat. Jurugambar rasmi diikat menggunakan tali keselamatan khas yang dipasang pada lantai...





