JAKARTA: Indonesia mendakwa Singapura menjual semula sebahagian gas asli cecair (LNG) yang dibeli daripada republik itu kepada negara lain, ketika kedua-dua negara berdepan perbezaan pendirian berhubung bekalan tenaga dan masalah jerebu rentas sempadan.
Menteri Penyelaras Hiliran dan Peralihan Tenaga Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia, berkata beliau percaya tidak semua LNG yang dieksport Indonesia ke Singapura digunakan untuk memenuhi keperluan domestik negara...





