Pesakit yang mengalami serangan angin ahmar kini boleh menjalani penilaian, imbasan dan rawatan secepat 82 minit, berbanding 130 minit sebelum ini, di bangunan baharu Jabatan Kecemasan (ED) Hospital Besar Singapura (SGH) dan Institut Sains Neuro Nasional (NNI).
Kemudahan 12 tingkat itu dibangunkan untuk mengendalikan jumlah pesakit yang tinggi dan kes kecemasan rumit, selain mengurangkan kelewatan akibat pemindahan pesakit antara bangunan...





