ISLAMABAD — Peningkatan perdagangan dua hala, aliran pelaburan dan peningkatan kemahiran teknologi merupakan antara topik utama yang dibincangkan semasa lawatan rasmi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, ke Islamabad, Pakistan, pada 30 Oktober.
Dr Balakrishnan berada di Pakistan atas undangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Luar negara itu, Encik Mohammad Ishaq Dar, sempena memperingati ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik...





