SEORANG lelaki warga senja, Lai Chee Keong, 71 tahun, telah didakwa di mahkamah hari ini kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram.
Satu kenyataan polis hari ini (5 Ogos) menyatakan, pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa penipuan "Cinta Internet" pada 18 September 2020, yang mendakwa dia ditipu mengalihkan $4,950 ke satu akaun bank selepas bertemu dengan seseorang secara dalam talian.





