KURANG seminggu selepas Balestier Khalsa mencatatkan kemenangan besar mereka dalam Liga Perdana Singapura (SPL), kelab itu mengumumkan bahawa ketua jurulatihnya, Akbar Nawas, telah melepaskan jawatannya.
Menurut catatan Facebook kelab tersebut, Akbar akan menyertai pasukan Thailand, Udon Thani FC, di akhir tempoh notisnya.





