Pejabat Mufti telah menerbitkan irsyad atau nasihat bagi masyarakat Islam setempat pada Isnin (22 Ogos), sehari selepas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong mengumumkan undang-undang yang menyifatkan seks sesama lelaki akan dimansuhkan.
Menurut Pejabat Mufti, Islam menekankan pembentukan keluarga menerusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dan ini adalah batu asas masyarakat.





