HULL (England): Selepas 28 tahun mengembara merentasi empat benua dan 30 negara, seorang lelaki Britain akhirnya pulang ke rumah ibunya, sekali gus menamatkan perjalanan luar biasa sejauh 50,000 kilometer mengelilingi dunia tanpa menggunakan sebarang kenderaan.
Karl Bushby, 57 tahun, disambut dengan tangisan kegembiraan oleh ibunya, Cik Angela, apabila tiba di rumah keluarga mereka di Hull, utara England, pada 2 November.





