PELIHARA KEHIDUPAN MARIN: Rizman Putra menghasilkan pameran pendidikan untuk S.E.A Aquarium.
Gaya hidupJul 2, 2022 | 4:57 PM

Pelukis Rizman Putra warnai pameran di S.E.A Aquarium

PELUKIS dan lebih dikenali juga sebagai pelakon teater, Rizman Putra, dipilih untuk mewarnai dan memegun pengunjung di S.E.A Aquarium dalam satu kolaborasi pameran pemasangan seni yang diberi nama OBNOVA yang masih berlangsung sekarang hingga 16 Ogos ini.

Jurucakap Resorts World Sentosa (RWS) mengatakan mereka ingin bekerjasama dengan artis serba-boleh ini kerana beliau boleh menggunakan karyanya untuk menyampaikan mesej utama kepada...

Calon Demokrat, Dr Abdul El-Sayed, bersama isterinya, Dr Sarah Jukaku, ketika meraikan kemenangan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat di Detroit, Michigan, pada 4 November 2026. Dr El-Sayed, seorang doktor berketurunan Mesir, mencipta sejarah sebagai individu Islam pertama dipilih ke Dewan Senat Amerika selepas menewaskan calon Republikan yang disokong Presiden Donald Trump, Encik Mike Rogers, meskipun berdepan serangan terhadap agamanya dan kontroversi berhubung pendiriannya mengenai perang Gaza.
DuniaNov 4, 2026 | 3:37 PM

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS

WASHINGTON: Calon Parti Demokrat, Dr Abdul El-Sayed, mencipta sejarah apabila menjadi individu Islam pertama dipilih menganggotai Dewan Senat Amerika Syarikat, selepas menewaskan calon Republikan yang disokong Presiden Donald Trump dalam pilihan raya pertengahan penggal di Michigan.

Kemenangan doktor berketurunan Mesir itu turut mengekalkan kerusi Senat Michigan dalam penguasaan Demokrat, sekali gus mengukuhkan majoriti parti tersebut selepas mencatat kemenangan besar di...

Pemain FC Barcelona, Lamine Yamal, melepaskan rembatan ke arah gawang semasa Barcelona melawan Aston Villa di Spotify Camp Nou pada 3 November.
SukanNov 4, 2026 | 3:31 PM

Emery optimis, namun Villa perlu kerja keras untuk setanding Barca

BARCELONA: Pengurus dan jurulatih Aston Villa, Unai Emery menumbuk ke udara dengan rasa kecewa di Spotify Nou Camp kerana hampa dan geram apabila pasukannya terlepas peluang meraih keputusan baik semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona.

Lamine Yamal membuka tirai jaringan pada minit ketujuh, hasil kesilapan Villa sendiri. Pada separuh masa kedua, Raphinha pula menyumbat dua gol pantas dan menamatkan harapan...

Syarikat-syarikat yang menyebabkan atau menyumbang kepada jerebu rentas sempadan akan berdepan sekatan komersial yang ketat. Mereka juga berdepan dengan pemotongan perkhidmatan kewangan, serta denda mahkamah sehingga $20 juta di bawah cadangan pindaan terhadap undang-undang jerebu Singapura.
SingapuraNov 4, 2026 | 3:29 PM

Pindaan Akta Jerebu: Tindakan lebih cepat, denda $20j bagi firma terbabit

Syarikat-syarikat yang menyebabkan atau menyumbang kepada jerebu rentas sempadan akan berdepan sekatan komersial yang ketat.

Mereka juga berdepan dengan pemotongan perkhidmatan kewangan, serta denda mahkamah sehingga $20 juta di bawah cadangan pindaan terhadap undang-undang jerebu Singapura.

Penyokong Parti Demokrat memberikan reaksi ketika keputusan pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat diumumkan dalam majlis mengikuti keputusan pilihan raya bagi calon Senat, Troy Jackson, di Hotel Holiday Inn Portland, Maine. Parti Demokrat mencatat kemenangan demi kemenangan untuk menguasai Dewan Perwakilan, termasuk merampas beberapa kawasan penting daripada Republikan, malah memenangi kawasan yang dimenangi Presiden Donald Trump dengan kelebihan sekurang-kurangnya 10 mata peratusan pada pilihan raya presiden 2024.
DuniaNov 4, 2026 | 3:08 PM

Trump akui perang Iran antara punca kekalahan besar Republikan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, mengakui perang negaranya dengan Iran mungkin menjadi antara punca kekalahan besar Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal, yang menyaksikan Parti Demokrat merampas penguasaan kedua-dua dewan Kongres.

Bagaimanapun, Encik Trump, 80 tahun, enggan bertanggungjawab secara peribadi terhadap kekalahan itu, sebaliknya menyalahkan anggota partinya sendiri meskipun beliau berkempen secara agresif bagi membantu calon Republikan.

Pesta buku Jalan Buku Singapura dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari hingga 8 November.
Gaya hidupNov 4, 2026 | 2:20 PM

Sesi bercerita, pilihan lebih 1,200 judul SingLit di Jalan Buku Singapura

Ibu bapa yang merancang menggunakan kredit Pas Budaya SG untuk membeli buku kanak-kanak karya penulis tempatan boleh melakukan demikian di acara Jalan Buku Singapura yang sedang berlangsung.

Di pesta buku di VivoCity itu, sekitar 80 peratus daripada judul buku yang ditawarkan boleh dibeli menggunakan kredit tersebut.

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video