SEMASA di Tanah Suci sebagai ketua rombongan haji Singapura, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengunjungi jemaah di penginapan mereka di Shisha semalam.
Beliau juga berpeluang bersarapan bersama jemaah dan pengurusan Halijah Travels, salah satu ejen penjualan pakej haji (GSA) yang membawa jemaah Singapura menunaikan ibadah itu tahun ini.






