Hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik selepas tamat persekolahan pernah menyebabkan penyanyi dan jurulatih vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat, berselisih pendapat dengan arwah bapanya, Allahyarham Selamat Salwi.
Ini kerana bapanya mahu beliau mengikuti program Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Malaysia, sedangkan Syafinaz sudah menetapkan hati untuk mendalami bidang muzik yang menjadi...





