THE HAGUE: Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengumumkan keputusan bersejarah pada 19 November bagi menentukan sama ada tindakan keras tentera Myanmar terhadap masyarakat minoriti Islam Rohingya merupakan jenayah pembunuhan beramai-ramai atau genosid.
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu bakal menamatkan penantian selama tujuh tahun sejak Gambia membawa kes berkenaan pada 2019, dengan mendakwa Myanmar melanggar Konvensyen Genosid PBB...





