SETELAH dinobat juara dunia bagi acara seni regu puteri dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 malam kelmarin, srikandi Singapura Iffah Batrisyia Noh memberitahu rakan sepasukannya, Amirah Sahrin dan Nur Ashikin Zulkifli, "jom makan McDonalds malam ini!".
Trio negara itu layak menyambut kemenangan mereka selepas berjaya mengejutkan juara Sukan SEA 2022, Vietnam untuk merangkul emas pada penyertaan pertama mereka dalam kejohanan...





