PEMERINTAH akan kekal berkhidmat kepada penduduk, sama ada mereka tinggal di kawasan undi yang ditadbir Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah atau parti pembangkang, jamin Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.
Berucap semasa pembukaan rasmi Kelab Masyarakat (CC) Rivervale di Sengkang, beliau menyatakan bahawa ia sebelumnya terletak di kolong HDB dan "terlalu kecil" untuk populasi semakin meningkat di sana.





