SETELAH menyediakan khidmat kepada pelbagai segmen masyarakat selama lebih 70 tahun, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) mengorak langkah memperluaskan khidmatnya untuk membantu bekas penagih wanita pulih dan dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Dengan kerjasama Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), PPIS akan menubuhkan Rumah Peralihan Rise Above, yang merupakan rumah peralihan sekular pertama bagi pesalah wanita menjalani program pemulihan masyarakat.





