PRESIDEN Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, melahirkan keyakinan askarnya mampu mengatasi serangan Russia, meskipun ramai bimbang dengan peningkatan persediaan tentera Russia di sempadan mereka.
"Anggota angkatan tentera Ukraine terus berusaha memenuhi misi terpenting mereka - untuk mempertahan kebebasan dan kedaulatan negara dari pencabulan Russia," kata Encik Zelensky dalam satu kenyataan pada 6 Disember lalu yang ditukil agensi berita Russia.





