SEKITAR 24,400 majikan dalam sektor yang menghadapi sekatan langkah pengurusan selamat yang ketara akan menerima pembayaran berjumlah lebih $400 juta mulai 31 Disember 2021 di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan JSS kepada lebih $28 bilion sejak skim itu diperkenalkan pada Februari 2020, umum Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dalam satu kenyataan...






