SEDANG Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) menyambut ulang tahunnya ke-15 tahun ini, usaha gigih perlu terus dijalankan untuk melestari bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan golongan muda.
Berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian anugerah itu semalam, pengerusi bersama jawatankuasa penganjur Agab 2021, Encik Saat Abdul Rahman, yang juga Editor Berita Harian/Minggu, berkata Agab telah mengiktiraf guru yang menjadi pengemudi bahasa,...






