TERDAPAT 3,481 jangkitan baru Covid-19 pada Rabu (10 Nov), meningkat daripada 3,397 sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporan hariannya. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula meningkat sedikit kepada 0.88, daripada 0.82 pada Selasa. Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang melebihi angka satu menunjukkan jumlah kes mingguan baru...






