Satu pelayan (server) yang menyokong program Pelan Penjagaan Asas (PCP) Pekerja Migran milik Fullerton Health telah terjejas akibat satu kejadian keselamatan siber, dedah penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan tersebut.
Dalam satu kenyataan di laman webnya pada 9 November, syarikat itu memaklumkan bahawa kejadian yang melibatkan akses tanpa kebenaran ke atas pelayan berkenaan didapati telah menjejas data peribadi pekerja migran.





