HINGGA 2,880 orang dibolehkan merentas sempadan Singapura dan Malaysia setiap hari menggunakan khidmat bas yang diperuntuk apabila dua negara itu memulakan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) (Darat) melalui Koswe Isnin ini.
Sebagai permulaan, VTL (Darat) itu bertujuan membolehkan warga yang bekerja di luar negara untuk pulang ke negara masing-masing.





