Pembukaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura pada Februari 2027 belum tentu dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di Johor Bahru sekiranya sistem pengangkutan awam tempatan tidak dipertingkat bagi memudahkan pengguna menuju ke stesen Bukit Chagar.
Tiga pakar pengangkutan berpandangan kejayaan RTS Link bukan sekadar bergantung pada kemampuan membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah, tetapi juga...




