WASHINGTON: Pemimpin Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Encik Hakeem Jeffries, menggesa perubahan besar dalam dasar Washington terhadap Timur Tengah, termasuk hubungan ketenteraan dengan Israel, sambil menegaskan sokongannya terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Gesaan pada 12 November itu dibuat selepas kemenangan besar Demokrat dalam pilihan raya pertengahan penggal yang menyaksikan parti tersebut merampas penguasaan kedua-dua dewan Kongres...





